bubble

Sunday, August 7, 2011



Bunga Bintang


Untuk bahagian tepi leher saya cuma jahit tali air dengan menggunakan manik hexagon warna merah + emas. Bahagian tengah bunga bintang ini saya menggunakan manik pearl warna gray, manakala untuk bahagian kelopak bunga saya menggunakan manik hexagon warna merah +emas. Design ini saya tiru corak bunga pada bahagian lengan/bwh bj ini...=p

sila click "read more >>" untuk tengok design manik yg lain =D



Bunga Rose 3D + Manik Tabur


Baju ini adalah kepunyaan bos kak shila..die request utk wat manik tabur dan bunga tp still under her budget..Untuk bunga 3D saya gunakan sequent warna pink (6mm), putih (6mm), hijau (4mm), biru (4mm). Untuk manik tabur pula saya gunakan manik hexagon warna pink dan hijau. Manakala daun pula saya gunakan manik warna hijau dan warna kuning keemasan.





Bunga Tulip

Baju ini adelah kepunyaan kak shila putrajaya, die request buat jahit manik simple tp nampak menarik...pada bj ni sy gunakan teknik jahit bunga bintang, tp bercorakkan sekuntum-sekuntum..saya menggunkan combinasi warna pink, biru, hijau dan manik pearl warna putih (memandangkan kak shila sukekan warna pink) ...Untuk bahagian tepi, saya jahit simple shj, iaitu jahitan tali air...k, harap kak shila puas hati ngn corak & jahitan saya ni...